Pada 4 Januari 1980, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia menggesa dihentikan segera campur tangan tentera asing di Afghanistan untuk menghalang keadaan negara itu daripada menjadi lebih buruk.

Malaysia mendakwa, campur tangan tentera asing bukan sahaja mencabul prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan kewibawaan wilayah Afghanistan, tetapi juga merupakan ancaman kepada keamanan antarabangsa.

Antara peristiwa lain yang menarik

4 Januari 1976 – Seramai 35 orang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Kota Mekah antara 4 Disember hingga 27 Disember 1975.
4 Januari 1977 – Penyanyi pujaan ramai, Uji Rashid bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang pemuda pilihan hatinya, iaitu Jamaluddin Jalil yang merupakan seorang ahli muzik dan ahli perniagaan.
4 Januari 1982 – Sultan Selangor telah merasmikan upacara menepung tawar ‘Kota Darul Ehsan‘ yang menandakan sempadan di antara Wilayah Persekutuan dan Selangor di Lebuhraya Persekutuan semalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Malaysia gesa hentikan campur tangan luar di Afghanistan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *