Pada 14 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir hari ini menegaskan kesediaan Malaysia memberi sokongannya kepada negara-negara membangun di rantau ini menentang dasar perlindungan dagangan Australia.

Beliau berkata, “Saya memahami keperluan negara-negara kecil, tetapi negara-negara besar dan gagah harus membuka pasaran mereka dan ini bererti mereka jangan terlalu mengamalkan dasar perlindungan”.

Antara peristiwa lain yang menarik

14 Oktober 1974 – Gabungan Perfileman Bumiputera Malaysia yang menyatukan 20 buah syarikat perfileman bumiputera telah dibentuk dengan rasminya semalam.
14 Oktober 1975 – Skim Rukun Tetangga yang pertama bagi Negeri Pulau Pinang telah dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu di kawasan Kelawai, Pulau Tikus.
14 Oktober 1977 – Produser Sabah Filem, M. Borhan memberitahu kelahiran filem terbarunya “Nasib Si Badul” adalah sebagai meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mahu membuktikan orang Melayu mampu menghasilkan filem yang boleh dibanggakan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Malaysia menentang dasar perlindungan negara besar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *