IPOH: Selepas 39 tahun menanti, Malaysia akhirnya memahat sejarah menjulang kejuaraan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas menumpaskan Korea Selatan dalam aksi sengit 3-2, sebentar tadi.

Jaringan Shello Silverius, Muhammad Razie Abd. Rahim dan Muhammad Aminuddin Mohd. Zain memastikan kemenangan bersejarah Speedy Tigers, sekali gus menjadi penyuntik semangat untuk menghadapi Piala Dunia tahun depan.

Kemenangan itu juga membalas dendam atas kekalahan 0-3 kepada Korea dalam aksi pembukaan, 11 hari lalu. – UTUSAN ONLINE

The post Malaysia tamat kemarau 39 tahun, juara Piala Sultan Azlan Shah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *