KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan apabila 8,622 mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbading 10,642 orang pada pukul 8 pagi tadi.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 1.30 petang melaporkan, hanya 24 PPS di Pasir Mas dan Tumpat yang masih aktif menempatkan mangsa banjir.

Pasir Mas kekal menjadi jajahan paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 6,708 mangsa diikuti Tumpat (1,954).

Kesemua mangsa itu terdiri daripada 2,847 keluarga.

Dua batang Sungai Golok masing-masing di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras bahaya.

Bagaimanapun kedua-dua batang sungai itu masing-masing menunjukkan trend menurun.

Semua sungai-sungai utama di negeri ini kembali ke paras normal susulan cuaca semakin baik hari ini.-UTUSAN

 

The post Mangsa banjir di Kelantan terus menurun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *