KOTA BHARU: Mangsa banjir di negeri ini bertambah apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka hari ini berbanding satu semalam.

Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang menjadi PPS terbaharu yang dibuka pada hari ini bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Bendang Perol selepas SK Melor, Kota Bharu.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 51 mangsa  ditempatkan di dua PPS tersebut.

Daripada jumlah tersebut, PPS SK Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 37 orang.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepas paras bahaya iaitu 9.23 meter. – UTUSAN

The post Mangsa banjir Kelantan bertambah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *