KOTA KINABALU: Selepas memasuki hari keenam banjir melanda Sabah, mangsa banjir telah menurun kepada 1,664 orang pada hari ini.
Setakat pagi ini, 1,664 mangsa daripada 651 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Pitas, Paitan dan Lahad Datu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, daerah yang menempatkan mangsa paling ramai adalah Pitas dengan seramai 1,363 mangsa daripada 565 keluarga masih berada di empat PPS.
Sementara itu, di Paitan seramai 259 mangsa daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat PPS dan seramai 42 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Lahad Datu.
Beberapa daerah di Sabah dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang turun sejak Selasa.- UTUSAN
The post Mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,664 orang appeared first on Utusan Malaysia.