PETALING JAYA: Cadangan memansuhkan pencen bekas anggota Kabinet bagi tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sukar dilakukan kerana melibatkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu diteliti dan dirujuk kepada semua pihak yang terlibat kerana prosesnya tidak semudah yang dijangka. 

“Isu ini menyentuh tentang Perlembagaan dan harus teliti serta rujuk pada semua pihak. Yang saya lakukan setakat ini, bekas-bekas menteri baru-baru ini dapat kemudahan biasa dan kereta semua saya batalkan. 

“Itu boleh dilakukan dan lebih baik, dari segi peraturan dan pentadbiran kerana tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini. 

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kerajaan mampu menjimatkan RM100 hingga RM150 juta perbelanjaan negara setiap tahun jika memansuhkan pencen bekas anggota Kabinet. – UTUSAN

 

The post Mansuh pencen anggota Kabinet libat peruntukan Perlembagaan – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *