SUNGAI PETANI: Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Marzuki Yahya bertanding di Parlimen Sungai Petani yang menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk seorang calon berusia 80 tahun.

Marzuki, 52, menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.03 pagi setelah calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Chow Kang, 80, menghantar borangnya kira-kira tiga minit sebelum itu.

Anak kepada penyandang kerusi, Datuk Johari Abdul iaitu Mohamad Taufiq Johari akan mewakili Pakatan Harapan (PH) manakala Barisan Nasional (BN) ditandingi Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam negeri, Dr. Robert Ling Kui Ee mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kesemua nama mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Sungai Petani, Datuk Syed Khairul Anuar Syed Abidin di Dataran Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), di sini hari ini.

Seramai 168,847 pengundi berdaftar akan membuang undi di Parlimen tersebut pada pilihan raya kali ini termasuk pengundi awal. – UTUSAN

The post Marzuki Yahya bertanding di Sungai Petani appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *