PETALING JAYA: Selepas tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Mastura Mohd. Yazid akan membantu kemenangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Parlimen Gerik.

Beliau yang tidak dicalonkan di kerusi Kuala Kangsar menyatakan hasrat itu dalam ruangan komen Facebook Asyraf Wajdi.

“Selamat berjuang Datuk Dr. Moga cemerlang. Kak Mas akan datang bantu Datuk Dr.,” katanya.

Asyraf Wajdi kemudian membalas komen itu : “Terima kasih banyak Kak Mas.”

Semalam, nama Mastura digugurkan sebagai calon BN Parlimen Kuala Kangsar apabila tempat beliau digantikan oleh ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan.

Pengumuman itu mencetuskan tanda tanya sama ada timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) tersebut kecewa kerana tidak dicalonkan.

Sebaliknya menerusi status Facebooknya, Mastura dilihat seolah-olah pasrah dengan keputusan itu dengan mengatakan beliau tetap istiqamah dengan perjuangan BN. –UTUSAN

The post Mastura tidak merajuk, mahu bantu kemenangan BN di Gerik appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *