PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memasukkan rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja atau menetap di Semenanjung sebagai pengundi pos bagi membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Darell Leiking berkata, peruntukan itu termasuk sekiranya berlaku sebarang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

“Penyertaan mereka dalam proses demokrasi ini sangat penting memandangkan kebanyakan mereka sukar mengundi jika kos yang tinggi untuk pulang ke Sabah dan Sarawak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“Semasa pandemik pun, cara baharu untuk berurusan dan mesyuarat telah dicipta secara inovatif seperti melalui panggilan video malah badan kehakiman juga memberikan keadilan melalui pendengaran Zoom,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, SPR hendaklah menyebelahi semua pengundi negara ini terlebih dahulu dan melakukan perkara yang betul dengan mendaftarkan semua pengundi dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi secara pos dalam PRU15.

“Pilihan raya ini telah diadakan oleh penyokong-penyokong Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan saya pasti beliau tidak suka untuk mana-mana Keluarga Malaysia beliau tidak dapat pulang ke tanah air untuk proses undi,” katanya. – UTUSAN

 

The post Masukkan pengundi Sabah, Sarawak sebagai pengundi pos appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *