KUALA LUMPUR: Keceriaan jelas terpapar di wajah beberapa jemaah menteri ketika meninggalkan Istana Negara selepas selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Antara menteri yang sempat melemparkan senyuman serta memberi lambaian kepada pengamal media di Pintu 2 Istana Negara ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.

Turut melambai sambil tersenyum manis, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 5.45 petang diikuti Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa 15 minit kemudian.

Terdahulu 27 Jemaah Menteri selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Majlis angkat sumpah itu dimulakan dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut bersama mengangkat sumpah bersama Ahmad Zahid ialah Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perladangan dan Komodoti pada pukul 3.19 petang.

Kesemua jemaah menteri dipecahkan kepada enam kumpulan dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia tersebut. – UTUSAN

The post Mat Sabu, Salahuddin, Zaliha tersenyum tinggalkan Istana Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *