JOHOR BAHRU: Seorang pemancing terkejut ‘disapa’ mayat seorang lelaki yang terapung menghampirinya di sungai di bawah Jambatan Permas Jaya, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 6.07 petang.

Seramai 10 anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Nazarudin Yusof dengan sebuah fire rescue tender (FRT) bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat lelaki yang tidak diketahui identiti terapung di sungai.

“Mayat mangsa dialihkan ke tebing dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini selepas menamatkan operasi tersebut pada pukul 7.12 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, mangsa tersebut dipercayai lemas sebelum ditemukan oleh orang awam di kawasan tersebut. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

The post Mayat lelaki terapung bawah Jambatan Permas Jaya appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *