PARIS: Kylian Mbappe disambut dengan ejekan sebaik sahaja tiba pada majlis anugerah Ballon d’Or pagi tadi.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tiba di Teater Du Chatelet, Paris dengan memakai tuksedo mewah yang berkilat namun disambut dengan cemuhan daripada orang-orang di bandar kelahirannya ekoran terdapat dakwaan mengenai ketidakpuasan hatinya terhadap kelab.

Bintang PSG itu menandatangani perjanjian jangka panjang hanya pada tahun ini meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Pun begitu, pada bulan ini, spekulasi timbul dari segenap penjuru mengenai rasa tidak puas hatinya dengan keadaan di kelab dan mahu berpindah.

Dianggap bahawa bintang itu tidak berpuas hati dengan kelabnya, biarpun kelab telah membelanjakan peruntukan besar untuk mengikatnya dengan perjanjian baharu.

Di tengah-tengah perbincangan hangat yang mendakwa Mbappe bakal meninggalkan Parc des Princes, bintang itu berusia 23 tahun itu menafikan perkara tersebut.

Selepas pertembungan dalam Liga Juara-Juara antara PSG dengan Benfica minggu lalu, Mbappe membeirtahu media bahawa itu adalah palsu.

KYLIAN Mbappe (kiri) dan bapanya, Wilfrid Mbappe memberi pose sebaik sahaja tiba pada majlis anugerah Ballon d’Or France Football di Theatre du Chatelet, Paris pagi tadi. – AFP

“Saya tidak faham mengapa cerita itu keluar pada hari perlawanan. Saya terkejut sama seperti semua orang. Orang boleh fikir yang saya terlibat sedangkan tidak dan saya mungkin sedang berehat sewaktu khabar angin ini tercetus.

“Saya sedang beri tumpuan kepada permainan adik saya waktu itu dan semua orang yang menjaga saya pula tidak bersama saya pada berita ini tersebar, jadi kami semua terkejut apabila mendengarnya.

“Selepas itu, kami terpaksa menanganinya. Ada satu perlawanan untuk dimainkan. Saya hanya mahu mengatakan bahawa isu itu salah dan saya sangat gembira dapat meluahkan perkara ini,” katanya.

Tahun lalu, ketika kontraknya bersama kelab Ligue 1 itu hampir tamat, terdapat laporan yang menyatakan bahawa ada penjanjian untuk Mbappe menyertai Real dan perkara itu ternyata tidak berlaku apabila dia sebenarnya menandatangani perjanjian baru tiga tahun bersama PSG. – AGENSI

The post Mbappe diejek ketika hadiri anugerah Ballon d’Or appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *