PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menawarkan Kempen Pembiayaan Peribadi-i X-Change yang menyediakan pembiayaan sehingga RM400,000 tanpa sebarang penjamin diperlukan. 

Menurut MBSB Bank, perkara itu antara kelebihan yang ditawarkan kepada kakitangan sektor awam dan swasta, namun tetap tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. 

Malah, katanya, urusan pembiayaan kini menjadi lebih mudah apabila MBSB Bank menyediakan aplikasi dalam talian M FAST yang membolehkan pelanggan memohon dalam masa beberapa minit.

“Kelebihan Pembiayaan Peribadi-i MBSB Bank adalah penangguhan bayaran selama tiga bulan; jumlah pembiayaan sehingga RM400,000; tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun; tiada penjamin diperlukan dan kelulusan pantas,” katanya, di sini. 

Jelas MBSB Bank, kakitangan kerajaan iaitu sektor awam boleh memilih pakej pembiayaan sama ada Afdhal-i atau Mumtaz-i. 

Katanya, pakej pembiayaan Afdhal-i menawarkan pinjaman sehingga RM400,000, manakala Mumtaz-i menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000 dengan masing-masing tempoh bayaran balik pakej pinjaman adalah selama 10 tahun. 

“Kadar pembiayaan sangat kompetitif serendah kadar asas standard (SBR)  + 4.25 peratus (bersamaan dengan 3.58 peratus setahun kadar rata pada tempoh tiga tahun) dengan kadar siling 15 peratus setahun. 

“Tiada penjamin diperlukan dengan pilihan untuk mengambil perlindungan takaful selain tiada caj penyelesaian awal. Kaedah bayaran adalah melalui potongan gaji melalui Biro Angkasa, Akauntan Negara atau potongan gaji majikan. 

“Selain itu pembayaran juga boleh dibuat di mana-mana cawangan MBSB Bank di seluruh negara atau secara alternatif melalui pembayaran elektronik melalui Giro Antara Bank, pemindahan segera atau arahan tetap (auto debit),” katanya. 

Bagi kakitangan sektor swasta, MBSB Bank memaklumkan, pakej pembiayaan yang ditawarkan berjumlah sehingga RM300,000 juga dengan tempoh bayaran selama 10 tahun.

“Syarat-syarat lain adalah hampir sama dengan yang ditawarkan kepada kakitangan awam.

“Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.mbsbbank.com/bm/promotions/personal-financing-i-x-change-campaign dan sila klik pautan ini untuk terus memohon https://applyonline.mbsbjourney.com/PFI/,” menurutnya.  -UTUSAN

 

 

The post MBSB Bank tawar pembiayaan peribadi tanpa sebarang penjamin diperlukan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *