KAEDAH menanam secara mencedung antara aktiviti penting dalam proses penanaman padi yang menjadi amalan pesawah tradisional.
Kaedah manual itu berkesan mengatasi isu padi angin dan menghasilkan padi lebih berkualiti disebabkan pokok padi memperoleh ruang yang secukupnya untuk menyerap nutrien.
Antara pesawah yang masih menggunakan kaedah tradisional itu adalah penduduk Kampung Temian Jerung, Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu.
Penanaman padi di Terengganu hanya dua kali dalam setahun kerana faktor musim tengkujuh menyebabkan ia tidak dapat ditanam dengan kerap. – UTUSAN
The post Mencedung padi masih jadi amalan appeared first on Utusan Malaysia.