PETALING JAYA: UMNO mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu malam ini yang dipercayai  mempunyai kaitan dengan kemelut pembentukan kerajaan negara ketika ini. 

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO itu dijadual bermula pukul 8 malam di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. 

Semalam, Barisan Nasional (BN) memohon penangguhan sesi menghadap 30 ahli Parlimennya ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang dijadualkan pagi ini. 

Bagaimanapun, media melaporkan, sesi menghadap diteruskan dengan diwakili tiga pemimpin kanan gabungan itu. 

Mereka ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – UTUSAN

The post Mesyuarat Khas MT UMNO malam ini appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *