PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan kawasan di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa dari 26 Disember sehingga 28 Disember ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, kawasan yang terlibat di Sarawak melibatkan kawasan di Miri dan Limbang, manakala di Sabah, bahagian kawasan pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan juga Labuan. 

Menurutnya, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang sedang berlaku di Sabah yang dijangka sehingga 28 Disember INI boleh menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan. 

“Luruan monsun yang sedang berlaku berpotensi membawa angin kencang dan ombak besar di Laut China Selatan, perairan pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

“Angin kencang 50 – 60 km/jam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter juga dijangka akan berlaku di perairan Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi kenyataan media. 

Justeru, Met Malaysia telah mengemaskini Amaran Hujan berterusan yang melibatkan bahagian utara Sarawak dan di Sabah. 

Jelasnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.  –UTUSAN

 

 

The post MetMalaysia beri amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *