DOHA: Drama menyelubungi aksi terakhir Kumpulan C membabitkan perlawanan antara Mexico yang bukan sahaja memerlukan kemenangan ke atas Arab Saudi, namun turut perjalanan mereka di Piala Dunia Qatar 2022 turut bergantung kepada keputusan satu lagi perlawanan membabitkan Poland dan Argentina.

Perlawanan antara Mexico dan Arab Saudi yang berlangsung di Stadium Lusail berlangsung dengan rancak apabila Mexico menyerang  sejak wisel permainan dibunyikan, bagaimanapun tidak jaringan dapat dihasilkan pada babak pertama.

Penantian Mexico akhirnya berakhir apabila Henry Martin membuka tirai jaringan pada minit ke 47.

Belum sempat Arab Saudi mengatur serangan, Mexico terus menggegar pasukan Asia itu apabila Luis Chavez menggandakan kedudukan menjadi 2-0.

Keadaan bertambah genting buat skuad kendalian Gerardo Martino kerana memerlukan satu lagi jaringan untuk mengatasi Poland di peringkat kumpulan, bagaimanapun asakan bertali arus Mexico masih belum mampu untuk menjelmakan gol ketiga yang dicari.

Sebaliknya Mexico tersentak apabila menerusi satu serangan balas, Arab Saudi memperoleh jaringan sagu hati menerusi Salem Aldawsari pada masa tambahan untuk menjadikan kedudukan 2-1, dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini merupakan kali pertama Mexico gagal mara ke pusingan kedua Piala Dunia sejak edisi 1978 di Argentina.

The post Mexico tersingkir biarpun menang 2-1 ke atas Arab Saudi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *