KUALA LUMPUR : Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) hari ini dilihat tanpa kehadiran wakil MIC.

Ini ekoran tidak kelihatan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan timbalannya, Datuk Seri M. Saravanan yang sekali gus membuktikan parti komponen itu memboikot PRU15

Sebelum ini heboh khabar angin mengatakan bahawa MIC enggan menerima sebarang kerusi kerana berlaku beberapa perubahan tempat calon mereka termasuk kerusi tradisi mereka di Parlimen Sungai Buloh.

MIC menjangkakan untuk bertanding di 10 kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun nampaknya UMNO kini memutuskan untuk menawarkan hanya lima kerusi Parlimen.

The post MIC boikot PRU15? appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *