TEXAS: Seorang lelaki menjadi tular baru-baru ini ekoran sering dikecam pengguna media sosial kerana disifatkan ‘terlalu hodoh’ dan tidak sepadan dengan isterinya yang cantik.

Lelaki dari Houston yang dikenali sebagai Scott berkahwin dengan isterinya, Divine dari Filipina selepas berkenalan di laman Facebook lima tahun lalu.

Tahun lalu, mereka mula menyiarkan video di akaun TikTok tentang hubungan mereka tetapi ratusan pengikut mula membanjiri akaun itu dan mengecam Scott dan membuat andaian Divine curang dibelakangnya.

Ramai warganet menganggap Divine hanya berkahwin dengan Scott kerana wang atau mungkin sekadar memenuhi syarat mendapatkan kad hijau untuk tinggal di Amerika Syarikat (AS).

Scott berkata, dia menghidap sejenis penyakit auto imun kronik dipanggil Skleroderma ketika berusia 13 tahun yang mengganggu keadaan rupa parasnya.

Bagaimanapun dalam siri terbaharu video dimuat naik Scott, dia dan isterinya mengakui sudah lali dengan kecaman itu.

“Apabila anda terus melihat kecaman yang sama berulang kali, lama-kelamaan ia sudah tidak memberi kesan lagi.

“Kami hanya dua insan biasa dan saya percaya masih ramai di luar sana yang tidak kisah atau terlalu memikirkan tentang penampilan kami,” jelas Scott.

Bagaimanapun pasangan itu masih tetap menerima sokongan dan pujian dari warganet yang mendoakan kebahagian mereka.

The post Miliki isteri cantik tapi lelaki dikutuk kerana dikatakan hodoh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *