PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) memutuskan untuk membatalkan lima perolehan melibatkan perolehan bekalan, perkhidmatan dan projek infrastruktur bagi mengelakkan sebarang ketirisan sekiranya ia diteruskan. 

Menurut Mindef, lima perolehan berkenaan itu kini dilaksanakan secara tender terbuka. 

“Mindef juga mengambil perhatian serius terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan ketika Majlis Dialog Belanjawan Negara 2023 pada Selasa lepas. 

“Mindef juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan kepada pihak berkuasa kerana sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang perolehan adalah sesuatu yang tidak akan dikompromi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN

The post Mindef batal lima perolehan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *