KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan dipercayai membawa pemimpin Perikatan Nasional (PN) beransur tiba di kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, di sini.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.

Difahamkan, kenderaaan membawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusoff tiba pada pukul 10.20 pagi tadi.

Kenderaan dipercayai membawa Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula tiba pada pukul 10.24 pagi tadi.

Selain itu, kenderaan didakwa membawa Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd. Harun tiba di perkarangan di sini pada pukul 10.27 pagi.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba menuju ke kediaman Muhyiddin pada pukul 9.25 pagi tadi.

Beliau bagaimana tidak memaklumkan sebarang tujuannya, namun sempat bertegur sapa dengan pengamal media yang menunggu di sini.

Perkarangan rumah Muhyiddin di sini terus menjadi tumpuan susulan kemelut pembentukan negara hari kelima selepas pilihan raya umum.

Kerajaan baharu masih gagal dibentuk walaupun PRU15 selesai Sabtu lalu ekoran tiada parti yang mendapat undi majoriti mudah 112 bagi membentuk kerajaan.-UTUSAN

The post Mohd. Redzuan, Ahmad Samsuri, Rina mula tiba kediaman Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *