SAO PAULO: Bekas pemain antarabangsa Brazil, Carlos Alberto berkata, ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho bersedia untuk mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad Selecao.

Brazil sedang mencari ke­tua jurulatih baharu selepas Tite mengambil keputusan untuk mengundur diri berikutan kekalahan mengecewakan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia bulan lalu.

Mourinho adalah salah satu daripada beberapa nama yang dilaporkan, manakala pengendali berusia 59 tahun itu juga disebut-sebut sebagai sasaran buat Portugal berikutan Fernando Santos meletak jawatan namun, Ro­ber­to Martinez te­lah di­lantik mengendali Por­tugal.

Alberto, yang memenangi Liga Juara-Juara di bawah Mourinho di Porto berkata, dia telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama pengendali kelahiran Portugal itu sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Brazil.

“Mungkin Mourinho akan dilantik sebagai jurulatih pa­sukan Brazil. Saya bercakap secara langsung. Ia adalah maklumat.

“Tidak kira dari mana maklumat itu datang, saya memberi anda maklumat kerana dia juga menjemput saya sebagai pembantunya dalam skuad kebangsaan,” kata Alberto.

Selain itu, turut dikaitkan untuk mengendalikan Brazil adalah Zinedine Zidane.

Sebelum ini hasrat Zidane untuk mengendalikan pasukan kebangsaannya, Perancis tidak kesampaian apabila Didier Deschamps menyambung kontrak sehingga 2026. – Agensi/UTUSAN

The post Mourinho disebut bimbing Brazil appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *