MANCHESTER: Manchester United mempamer persembahan terbaik mereka musim ini ketika menumpaskan Tottenham 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal tadi.

Jaringan ketua pasukan, Bruno Fernandes dan Fred memastikan anak-anak buah Erik ten Hag bangkit daripada aksi lesu ketika seri 0-0 dengan Newcastle United, tiga hari lalu.

Spurs yang dibimbing Antonio Conte tenggelam sepanjang perlawanan, malah United melakukan 28 percubaan ke gawang berbanding hanya sembilan dilancarkan pasukan pelawat.

Selepas beberapa percubaan mereka pada babak pertama dikecewakan oleh penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris, Red Devils bermula agresif sebaik sahaja separuh masa bersambung.

Fred membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-47 selepas tendangan rendahnya terkena Ben Davies sebelum menerjah ke gawang.

8️⃣ We can’t promise you’ll be scoring goals like @B_Fernandes8 with one of his shirts, but it’s worth a try…#MUFC || #MUNTOT

— Manchester United (@ManUtd) October 19, 2022

Jaringan tersebut menaikkan semangat United, dan akhirnya mereka menggandakan kedudukan di minit ke-69 selepas Fernandes melakukan rembatan lencong, menewaskan Lloris.

Antony juga berpeluang mencetak nama sebagai penjaring, namun tendangan pemain sayap itu terkena tiang, manakala rembatan Marcus Rashford pula ditepis Lloris.

Kemenangan keenam daripada 10 perlawanan musim ini meletakkan Red Devils di tangga kelima liga dengan 19 mata, manakala Tottenham kekal di tempat ketiga menerusi 23 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea dikecewakan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Brentford. – AGENSI

The post MU pamer aksi terbaik musim ini, kalahkan Tottenham appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *