PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke kediamannya di Bukit Damansara di sini selepas lebih 30 minit berada di Istana Negara.

Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 5.15 petang sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu di situ.

Terdahulu, Muhyiddin dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 4.30 petang tadi.

Selain beliau, turut dititah menghadap ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia susulan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. – UTUSAN

The post Muhyiddin kembali ke kediaman di Bukit Damansara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *