TUMPAT: Calon Pas Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md. Nawi menyifatkan jumlah majoriti besar yang diperoleh sebanyak 34,793 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam disifatkan sebagai luar biasa.

Mumtaz berkata, majoriti besar itu memberi ‘isyarat’ rakyat Tumpat memilih kesepakatan bersih, stabil dan berintegriti.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan kemenangan yang diberikan kepada saya ini. Saya ingin meramkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan seluruh jentera yang banyak membantu sepanjang berkempen selama dua minggu,” katanya selepas pengumuman PRU15 di Pusat  Penjumlahan Undi Rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Biji Wangsa di sini, semalam.

Mumtaz memberitahu, untuk menjalankan tanggungjawab kepada pengundi lebih 149,000 bukan perkara mudah buat dirinya yang merupakan calon baharu di kawasan berkenaan.

Katanya, selain itu ia juga merupakan perkembangan yang baik kerana keutamaan sekali ganda daripada sebelum ini serta ia juga luar biasa.

“Pada masa sama saya juga mahu menjadikan bandar Tumpat maju sebagai pelancongan Islam yang mesra ibadah dan lestari,” jelasnya. – UTUSAN

The post Mumtaz sifatkan kemenangan di Parlimen luar biasa appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *