BANGKOK: Gua Tham Luang yang menyaksikan 12 pemain bola kanak-kanak berserta jurulatih mereka terperangkap selama 18 hari kini dibuka semula kepada orang ramai.

Gua tersebut ditutup kepada pengunjung sejak 1 Julai lalu akibat musim monsun dan pihak berkuasa Thailand tidak mahu insiden yang berlaku pada 2018 itu berulang.

Beberapa gua berhampiran kawasan itu juga dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Tham Luang menjadi perhatian dunia sejak insiden itu berlaku.

Rancangan dokumentari mengenai kejadian itu juga disiarkan dalam Netflix, menyebabkan semakin ramai pengunjung datang ke Tham Luang untuk melihat sendiri keadaan di gua berkenaan.

Gua itu sebelum ini ditutup akibat pandemik Covid-19 sebelum dibuka kepada pengunjung dan ditutup kembali akibat musim hujan.

Dengan penutupan tersebut, pihak berkuasa melakukan beberapa penambahbaikan untuk kemudahan para pengunjung, termasuk mereka yang kurang upaya.

The post Musim monsun berakhir, gua Tham Luang dibuka semula untuk pengunjung appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *