AKTIVITI menaiki bot pedal tangan sambil menikmati suasana redup melalui kawasan hutan nipah menjadi tarikan baharu disediakan di Restoran Nipah Klasik, Simpang Empat, Kangar, Perlis.

Sejak beroperasi hujung bulan lalu, kawasan itu menarik jumlah pengunjung yang ramai termasuk dari luar negeri ini khususnya pada hujung minggu atau cuti umum.

Pada masa ini, empat buah bot pedal tangan disediakan untuk pengunjung dan jumlahnya ditambah dari masa ke semasa.

Sejak tarikan baharu ini diperkenal, ramai pengunjung datang untuk menaiki bot pedal tangan kerana suasananya yang unik dengan laluan di celahan pokok nipah. – UTUSAN

The post Naik bot di celah-celah pokok nipah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *