WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mendedahkan manusia sebenarnya boleh tinggal dalam tempoh yang lama di bulan sepanjang dekad ini.

Ketua program kapal angkasan Orion ke bulan, Howard Hu berkata, habitat diperlukan untuk menyokong misi siantifik tersebut.

Katanya, pelancaran roket Artemis yang membawa kapal angkasa Orion merupakan ‘hari bersejarah bagi manusia’.

Orion kini berada kira-kira 134,000 kilometer dari bulan.

Roket Artemis berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy pada Rabu lalu ketika Amerika Syarikat komited untuk meneruskan misi menghantar angkasawan ke bulan.

Hu menjelaskan, sekiranya misi Artemis berjalan lancar, maka misi akan datang boleh membawa angkasawan sekali lagi ke bulan.

“Setakat ini, misi bermula dengan lancar dan hanya menunggu masa untuk melancarkan Orion yang dijangka berlangsung esok.

“Kita akan kembali menghantar manusia ke bulan dan mereka akan tinggal di situ untuk suatu tempoh bagi melakukan pelbagai kajian,” katanya.

Kapal angkasa Orion itu dijangka kembali ke bumi pada 11 Disember ini.

The post NASA dedahkan manusia boleh tinggal lama di bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *