KUALA LUMPUR: Penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 43, berharap negara terus diterajui pemimpin yang memiliki sifat amanah dalam menjalankan tugas dan mandat rakyat.

Menurut penyanyi itu, sebagai rakyat Malaysia, amat besar harapannya untuk melihat pemimpin yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik, sesuai dengan hasrat semua rakyat Malaysia.

“Siapapun kita, sebagai rakyat Malaysia, mengundi adalah tanggungjawab kepada negara.

“Bagi saya,negara perlukan pemimpin yang amanah, bertanggungjawab, berwibawa, menjaga rakyat dan negara dgn baik serta prihatin.

“Tentunya ia juga menjadi harapan semua rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Saya harap dan doakan, semoga Malaysia terus cemerlang dalam semua aspek ke hadapan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam perkembangan lain, Siti berkata, dia sudah melakukan tugasnya sebagai rakyat untuk keluar mengundi sekitar 10.50 pagi tadi.

Menurutnya, undian telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Cheras, di ibu kota.

Sementara itu, menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti juga sempat melayan permintaan warga setempat yang mahu bergambar dengannya selepas tugas menbuang undi selesai.

The post Negara perlukan pemimpin yang amanah, bertanggungjawab menjaga rakyat – Siti Nurhaliza appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *