PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara mulai 17 Disember ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, monsun itu berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung dalam tempoh 17 sehingga 20 Disember ini.

“Berdasarkan analisis-analisis model cuaca, kita meramalkan luruan monsun akan memasuki rantau negara ini yang berpotensi menyebabkan berlakunya berterusan di negeri-negeri Timur Semenanjung.

“Sehubungan dengan itu, METMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa mulai Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. –UTUSAN

 

The post Negeri negeri timur Semenanjung dilanda hujan berterusan mulai 17 hingga 20 Disember appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *