BUKIT GANTANG: Beberapa negeri di utara mengalami kekurangan bekalan ikan sejak dua minggu lalu disebab keadaan cuaca yang tidak menentu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ini disebabkan beberapa jeti pendaratan utama di Kedah dan Perak mengalami kekurangan bekalan ikan sehingga 50 peratus.

Menurut beliau, pada kebiasaannya, daripada 200 kapal yang ke laut,20 hingga 30 kapal akan balik untuk mendaratkan ikan.

“Namun ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini, hanya dua atau tiga kapal yang mendarat dengan bekalan ikan yang sangat sedikit,” kata beliau ketika ditemui di Pusat Khidmat beliau di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, bagi mengatasi kekurangan bekalan ikan, LKIM akan mengeluarkan  ikan sejuk beku atau Q-Fish bagi menampung permintaan.

“Ini bertujuan menampung keperluan rakyat dan menstabilkan harga ikan di pasaran,” katanya. – UTUSAN

 

The post Negeri-negeri utara kurang bekalan ikan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *