SEREMBAN: Negeri Sembilan FC terus memberikan cabaran untuk memburu slot ke Piala AFC selepas menumpaskan Melaka United  2-0 dalam aksi Liga Super malam ini.

Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, tuan rumah menguasai perlawanan termasuk memperoleh beberapa peluang untuk mencipta jaringan.

Ia termasuklah percubaan pada minit ke-8 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti oleh penyerang import mereka, Gustavo Almeida Dos Santos namun hanya singgah di palang gol Melaka United.

Tamat perlawanan, kemenangan ke-12 berjaya dicatatkan oleh skuad Jang

Keputusan penuh perlawanan Negeri Sembilan FC 2 – 0 Melaka United FC. #NSEMLU#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/yp1SrjRfAl

— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) October 11, 2022

Hasil serangan berterusan, Negeri Sembilan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-34 ketua pasukan, Nasrullah Haniff Johan yang menanduk masuk jaringan hasil sepakan penjuru Mohamad Zamri Pin Ramli.

Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah berterusan mencari tambahan gol, namun ia hanya berhasil empat minit sebelum perlawanan tamat hasil sentuhan Gustavo Almeida yang menampan masuk bola yang gagal ditepis kemas penjaga gol pelawat, Ahmad Asyraaf Omar.

Sehingga perlawanan berakhir keputusan kekal 2-0 memihak Negeri Sembilan yang sekali gus mengumpul 41 mata dengan berbaki satu lagi perlawanan. – UTUSAN ONLINE

The post Negeri Sembilan tewaskan Melaka, buka peluang ke Piala AFC appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *