LONDON: Bekas pemain pertahanan England, Gary Neville percaya pemain pertahanan kontroversi, Harry Maguire beraksi lebih baik dengan pasukan kebangsaan adalah disebabkan pemain itu merasakan keadaan di kem kebangsaan lebih selesa dan dekat di hatinya berbanding di Old Trafford.

Maguire sering menjadi pilihan utama penggendali kebangsaan, Gareth Southgate di Piala Dunia Qatar kali dan menjadi antara tonggak penting England yang menyaksikan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun keadaan amat berbeza di kem United apabila dia menjadi pilihan keempat untuk mengisi posisi pertahanan tengah selepas Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof.

Ditambah dia beraksi cukup buruk dengan United sebelum ini dan hanya sempat bermain sembilan perlawanan sahaja dengan kelab itu sebelum Piala Dunia berlangsung.

Bagaimanapun, Neville mempertahankan Maguire yang dirasakan mempunyai kualiti sebagai pemain pertahanan bagus.

“Saya rasa dia dia lebih sayangkan England, dan mungkin rasa seperti berada di rumah, diterima dan dihargai setiap kali beraksi dengan skuad kebangsaan.

“Saya rasa ada beberapa pemain turut mempunyai perasaan yang sama, misalnya Raheem Sterling. Anda lihat permainannya menentang Iran adalah jauh lebih bagus ketika dia bersama Chelsea musim ini.

“Mereka mempunyai pasukan yang bagus, pengurus yang mempercayai mereka, yang sering memilih mereka. Saya secara peribadi pun tidak menyangkan dia (Maguire) akan dipilih dan diberikan peluang beraksi.

“Harry seorang pemain pertahanan yang bagus dan hebat sepanjang dua kejohanan untuk England sebelum ini, cuma dia mengharungi tempoh sukar bersama United sepanjang 12 bulan ini,” jelas Neville.

England bakal membuat perhitungan dengan juara Afrika, Senegal pada Ahad untuk merebut tempat ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.

The post Neville perjelas punca aksi Maguire lebih padu bersama England daripada United appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *