NEWCASTLE: Penyerang Newcastle United, Callum Wilson menolak ‘mitos’ ketiadaan pemain tengah, Bruno Guimaraes menjadi punca pasukannya sukar meraih kemenangan sebaliknya sedia menghukum Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park esok.
Skuad kendalian Eddie Howe mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga sejak Ogos, namun ketiadaan Guimaraes yang digantung tiga perlawanan sehingga final Piala Liga pada 27 Februari ini menimbulkan kegusaran khususnya berdepan Liverpool.
Newcastle gagal memenangi lima perlawanan mereka sebelum ini tanpa kehadiran Guimaraes dalam kesebelasan utama, namun Wilson tidak merasakan ketiadaan pemain berusia 25 tahun itu bukan punca kepada keputusan diraih The Magpies.
“Dia pemain yang bagus tapi dia hanyalah seorang pemain di bahagian tengah. Dalam bola sepak, anda perlukan 11 pemain untuk bekerjasama meraih kemenangan.
“Memang kami memerlukan pergerakan bola yang lebih laju, dan dia mampu berbuat demikian, dia suka bergerak bersama bola dan mampu meloloskan diri dari ruang yang kecil.
“Kami menantikan kepulangannya dalam pasukan kerana ia sungguh mengecewakan mengharungi perlawanan tanpa kelibatnya tetapi saya tidak mengatakan ketiadaanya punca kami seri kebelakangan ini,” jelas Wilson.
Getting ready for Liverpool.
— Newcastle United FC (@NUFC) February 15, 2023
Sementara itu, Reds yang mencari satu lagi keputusan positif selepas menumpaskan Everton 2-0, Selasa lalu akan bertandang ke Newcastle tanpa bek tengah, Ibrahima Konate, malah perancang utama, Thiago Alcantara juga tidak kelihatan pada sesi latihan semalam.
Begitupun kepulangan Virgil van Dijk daripada masalah hamstring menggembirakan pengurus pasukan, Jurgen Klopp, begitu juga Diogo Jota dan Roberto Firmino.
Klopp turut memberi amaran ia sesuatu yang tidak masuk akal memikirkan Reds sudah kembali ke prestasi terbaik hanya kerana kemenangan ke atas Everton, yang pertama selepas empat perlawanan. – AGENSI
The post Newcastle sedia tambah derita Liverpool appeared first on Utusan Malaysia.