KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mendedahkan nombor plat DEN 8 merekodkan bidaan paling tinggi berjumlah RM98,888 sepanjang tempoh lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ia diikuti oleh DEN 6 (RM71,000) dan DEN 3 (RM68,889) yang merekodkan nilai kedua serta ketiga tertinggi dibida oleh pembeli.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu JPJ negeri merekodkan kutipan sebanyak RM3.26 juta sepanjang tempoh bidaan bagi nombor siri pendaftaran itu sekaligus melipasi sasaran iaitu RM2.6 juta.

“Sepanjang tempoh tersebut, seramai 938,751 pengguna yang berdaftar membida nombor pendaftaran tersebut melalui sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid).

“Daripada jumlah itu, seramai 2,057 pembida berjaya dengan nombor yang dibida sebanyak 2,070,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBid diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DEM, JPJ Kelantan telah mengutip sebanyak sebanyak RM40,147,112. –UTUSAN

The post Nombor plat DEN 8 dibida pada RM98,888  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *