Pada 16 Oktober 1979, Utusan Malaysia melaporkan seorang pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang sedang mengikuti program sarjana di Universiti Malaya (UM) berjaya memenangi hadiah pertama bernilai RM12,000 dalam sayembara mengarang novel Gapena-Yayasan Sabah bagi tahun 1979.

Novelnya yang berjudul “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” bertemakan luputnya peranan seorang tokoh tradisi dalam satu zaman akibat perubahan dan pembaharuan.

Antara peristiwa lain yang menarik

16 Oktober 1971 – Pertubuhan Pelajaran, Kebajikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberi sumbangan RM5 juta kepada Politeknik Ungku Omar untuk tujuan pembelajaran.
16 Oktober 1972 – Polis mengenakan kawalan ketat bagi menjaga keselamatan kira-kira 2,000 penumpang yang menggunakan feri menyeberangi laut Kuala Kurau dari pekan itu ke Kuala Gula setiap hari.
16 Oktober 1973 – Beratus-ratus orang rakyat Malaysia telah menghubungi Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur untuk menjadi sukarelawan berjuang bersama-sama rakyat Arab menentang Israel.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Novel Gapena- Anwar Ridhwan raih tempat pertama appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *