JOHOR BAHRU: Tiga calon bagi tiga gabungan parti politik utama tanah air tiba hampir serentak ke pusat Penamaan Calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini pagi ini.

Ketiga-tiga mereka, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan) dan Loh Kah Yong (Perikatan Nasional) tiba pukul 8.20 pagi.

Nur Jazlan dan Salahuddin dilihat ‘mesra’ antara satu sama lain selepas kedua-duanya selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing setelah pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi.

Kah Yong turut mengambil kesempatan dengan menyapa kedua-dua calon ‘heavyweight’ itu setelah dia memasuki pusat penamaan calon 10 minit kemudian.

Selesai menyerahkan borang pencalonan, Nur Jazlan dilihat memusingkan kerusi yang disediakan sebagai tempat duduk rasmi calon-calon untuk membolehkan beliau duduk bertentang mata dengan Salahuddin.

Kedua-duanya berbual sepanjang menunggu tamat tempoh penamaan pencalonan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Salahuddin menewaskan Nur Jazlan yang juga penyandang kerusi Parlimen Pulai pada ketika itu dengan majoriti 28,924 undi. – UTUSAN

The post Nur Jazlan, Salahuddin ‘mesra’ di Pulai appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *