Pada 14 Disember 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan gadis emas Malaysia, Nurul Huda Abdullah diberi sambutan meriah dengan paluan kompang, sekembalinya beliau dari Bangkok di Lapangan Terbang Subang.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Dr. Sulaiman Daud turut bersama rakyat Malaysia yang lain, menyambut kepulangan Nurul yang memenangi tujuh pingat emas dalam acara renang di Sukan SEA Ke-13.

Antara peristiwa lain yang menarik

14 Disember 1972 – Bandaraya George Town akan tetap kekal dengan nama berkenaan dan keputusan daripada Jawatankuasa Penukaran Nama dan Tempat Negeri untuk mengekalkan nama tersebut adalah muktamad.
14 Disember 1977 – Kerajaan tetap dengan dasarnya bahawa Bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar disemua peringkat pengajian di negara ini kata Menteri Pelajaran, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
14 Disember 1979 – Kerja-kerja pembinaan peringkat pertama kompleks sukan ultra-moden Shah Alam yang menelan perbelanjaan berjumlah RM60 juta telah dimulakan di kawasan seluas 300 ekar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Nurul Huda Abdullah, gadis emas Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *