BUKIT MERTAJAM: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencuri tumpuan apabila hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini dengan mengenakan kebaya dan berkasut sukan.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen itu mengenakan kebaya berwarna biru ‘turquoise’ dan kain corak batik, sedondon dengan seorang pencadangnya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi lebih 300 penyokong manakala calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan tiba di pusat penamaan calon berkenaan pukul 9.05 pagi.

Muhammad Fawwaz yang berbaju Melayu berwarna biru diiringi lebih 200 penyokong yang melaungkan takbir sebelum bergerak ke dewan utama.

Pada PRU15 kali ini, Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan masing-masing terdiri daripada calon parti BN; PN, PH dan Gerakan Tanah Air (GTA). – UTUSAN

The post Nurul Izzah tampil berkebaya dengan kasut sukan di pusat penamaan calon appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *