IPOH: Pakistan menumpas Jepun 5-3 untuk menduduki tempat ketiga Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 di sini sebentar tadi.

Kejayaan ini pasti memberi kepuasan kepada Pakistan yang menamatkan cabaran pusingan awal di kedudukan keempat.

Malah kedua-dua pasukan seri 2-2 di pusingan awal pada 4 November lalu.

Pada perlawanan tadi, Jepun membuka jaringan pada minit ke-9 melalui Kentaro Fukuda.

Bagaimanapun Pakistan menyamakan kedudukan melalui Abdul Shahid seminit kemudian.

Arbaz Ahmad dan Rooman mengukuhkan kedudukan Pakistan menjadi 3-1 pada separuh pertama.

Jepun bangkit pada suku ktiga dan berjaya merapatkan jurang melalui jaringan Nagai Yuma tetapi jaringan Umar Bhutta dan Rana Abdul memastikan kemenangan anak buah Aikman Siegfried.

Sementara itu, Mesir menduduki tempat kelima selepas mengatasi Afrika Selatan 2-1.

Beauchamp Connor meletakkan Afrika Selatan di hadapan pada minit ke-12 tetapi Baioumy Ibrahim Adel Ziad dan Ismail Abdalla Hossameldin Ragab memastikan kemenangan Mesir pada minit ke-29 dan ke-44. – UTUSAN

The post Pakistan tempat ketiga appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *