WASHINGTON: Parti Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden mengekalkan kawalan dalam Senat Amerika Syarikat (AS) selepas calon Demokrat, Catherine Cortez Masto memenangi kerusi Senat di Nevada, sekali gus memberikan parti itu 50 kerusi yang diperlukan untuk majoriti.

Kemenangan itu mengesahkan kawalan Democrat di Dewan Senat kerana Naib Presiden Kamala Harris boleh memecah undian seri jika Senat terikat sama rata 50-50.

Satu lagi perlumbaan Senat di Georgia ditetapkan pada Disember ini.

Demokrat dan Republikan sebelum ini terikat dengan masing-masing meraih 49 kerus, selepas calon Democrat Mark Kelly memenangi perebutan Senat yang sengit di Arizona.

Dalam ucapan kemenangannya di Arizona semalam, Kelly menyeru bagi perpaduan negara.

“Selepas pilihan raya yang panjang, mungkin lebih baik untuk terus fokus pada perkara yang memecahbelahkan kita.

“Kita sudah melihat akibatnya apabila pemimpin enggan menerima kebenaran dan lebih fokus kepada konspirasi masa lalu daripada menyelesaikan cabaran yang kita hadapi hari ini,” katanya.

Bekas angkasawan itu mengalahkan pencabarnya Blake Masters, yang masih belum mengaku kalah dan disokong oleh Donald Trump.

Mantan presiden itu mengikuti setiap rapat kempen dan prestasi buruk Republikan di peringkat kebangsaan adalah tamparan hebat terhadapnya, selain terang-terangan menolak kemenangan Dekorat di Arizona.

Trump dijangka mengumumkan pencalonannya sebagai calon Presiden AS 2024 pada Selasa depan. – AFP

The post Parti Demokrat kekal kuasai Senat AS appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *