KOTA BHARU: Pas memperincikan manifesto yang  bakal ditawarkan oleh parti itu  kepada rakyat untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam mesyuaratnya esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,  beliau tidak dapat memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut kerana tidak terlibat dalam merangka manifesto Pas untuk PRU15

“Setakat ini ia (manifesto) belum lagi dimuktamadkan dan dibawa ke dalam mesyuarat esok,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Diminta mengulas hasrat rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kelantan untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen di negeri ini, penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan.

Menurutnya, permintaan Bersatu Negeri Kelantan itu juga akan dibawa dan mungkin dimuktamadkan pada mesyuarat esok.

“Bagaimanapun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Kelantan tidak bertanding di  mana-mana kerusi Parlimen pada PRU15,” katanya. – UTUSAN

 

The post Pas bincang esok manifesto PRU15 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *