KOTA BHARU : Pas membuat kejutan apabila mengugurkan dua nama besar dalam arena politik di negeri ini iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Menerusi Pengisytihar itu, Pas menamakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Mumtaz Md. Nawi sebagai pengganti kepada Che Abdullah, sementara Nik Mohamad Abduh digantikan Mohd. Syahir Che Sulaiman.

Pengisytiharan itu dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan PN negeri Datuk Ahmad Yakub.

Pada PRU-14 lalu, Che Abdullah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PKR dengan majoriti 17,500 undi.

Che Abdullah mendapat undi sebanyak 47,041, manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN) memperoleh 29,541 undi dan Datuk Nordin Salleh hitang deposit selepas meraih 10,003 undi (PKR).

Sementara di Bachok pada PRU14 lalu, Nik Mohamad Abduh yang bertanding di Bachok berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan PKR, Mohd Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292 undi.

Nik Mohamad Abduh memperoleh 36,188 undi, BN (32,896) dan PKR (4,880).

-habis-

 

The post Pas gugur Che Abdullah, Nik Abduh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *