MARANG: Pas mengumumkan akan menggunakan simbol bulan’di negeri yang dipimpin parti tersebut iaitu di Terengganu, Kelantan dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi berkata, Pas menggunakan simbol sendiri  kerana parti tersebut mempunyai sokongan kuat di negeri-negeri berkenaan.

Bagaimanapun, menurut beliau, Pas di negeri-negeri lain pula terserah sekiranya ingin menggunakan simbol Perikanan Nasional (PN).

“Terengganu, Kelantan, Kedah pakai simbol bulan, negeri lain kita serah nak pakai simbol apa, (termasuk) Perikatan Nasional.

“Negeri lain tak apa lah kita maaflah, yang penting kita nak ajak semua rakyat Islam, bukan Islam tolok penerima dan pemberi rasuah,” kata beliau ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Pantai Kelulut di sini, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas akan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai keputusan Pas menggunakan simbol tersebut.

Pada Julai lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, Bersatu dan Pas sudah membuat keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU15. – UTUSAN

 

The post Pas guna simbol bulan di tiga negeri   appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *