BATU PAHAT: Pasangan kekasih diidakwa di Mahkamah Majistret, di sini ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah rumah di Felda Semenchu, Teluk Sengat, Kota Tinggi, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Izwan Mahmood, 25, dan kekasihnya,  seorang remaja berusia 16 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret, Siti Zubaidah Mahat.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pasangan tersebut secara bersama dengan niat membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang dipanggil Lokman di Felda Semenchu, Teluk Sengat antara pukul 8 pagi hingga 2 petang pada 10 hingga 23 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Februari depan sebagai sebutan semula kes tersebut.

Dalam pada itu, di Mahkamah Sesyen di sini, kakak kandung mangsa, Nurul Natashah [email protected], 20, yang dipertanggungjawab menjaga Lokman didakwa telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman. (NOTA: kes disebut di hadapn majistret kerana hakim cuti).

Pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sri Pantai Senggarang, dekat sini antara November dan Disember lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd. Yunos, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan.

Hayatul Wirdah memohon mahkamah memberikan satu tarikh kepada Song Yan untuk mengemukakan permohonan jamin di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Januari ini bagi Mahkamah Sesyen mendengar permohonan jamin dan sebutan semula serta serahan dokumen pada 26 Januari.

Terdahulu, pada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu akibat hentakan objek keras dan tumpul di bahagian kepala. UTUSAN

 

The post Pasangan kekasih dituduh bunuh, kakak didakwa aniaya adik empat tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *