KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan prestasi lima menteri daripada parti itu yang dilantik dalam barisan Kabinet kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyatakan saranan supaya mereka yang diberi mandat itu terus berprestasi dalam kerajaan. 

“(Namun), jangan tunggu 100 hari, tetapi dalam perhatian saya, alhamdulillah kelima-lima mereka memperlihatkan prestasi yang baik setakat ini. 

Selain Ahmad Zahid, lima pemimpin itu ialah Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Zambry Kadir dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.- UTUSAN

 

The post PAU 2022: Ahmad Zahid puas hati prestasi Menteri UMNO appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *