KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan, parti itu masih mempunyai masa hadapan yang cerah, walaupun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi perwakilan yang tetap teguh menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini. 

“Tatkala merenung ke bawah, seawal saya memasuki Dewan Merdeka sebentar tadi, saya melihat wajah-wajah saudara saudari sekalian, terdetik di hati saya, In Sha Allah parti keramat ini masih punya masa hadapan yang cerah.

“Manakan tidaknya, daripada raut wajah saudara saudari sekalian, saya dapat merasakan,  parti ini masih didukung oleh para pemimpin akar umbi, yang terpancar ketulusan dan keikhlasan di wajahnya. 

“Walau dibadai tsunami ganas politik, saudara saudari tetap istiqamah dan setia di bawah lembayung UMNO. Terima kasih seikhlasnya daripada saya,” katanya dalam ucapan dasar Presiden, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, semua ahli juga sudah tentu mengakui bahawa kesemuanya bertanggungjawab atas jatuh bangun parti itu. 

“Jika mahu dicari punca, kitalah puncanya. Jika mahu disalahkan, kitalah yang bersalah. Jika mahu dibangunkan semula, kitalah yang mesti menerajuinya,” katanya. –utusan

 

 

The post [PAU 2022] UMNO parti keramat masih ada masa depan cerah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *