KUALA LUMPUR:  Usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang dicadangkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) bertentangan dengan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Parkara 10 Peraturan Persidangan.

Oleh itu, Perwakilan UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, usul itu tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan hari ini.

Katanya,  usul itu sepatutnya dibawa secara berasingan, bukan serentak dengan usul Ucapan Dasar Presiden.

“Saya  pelik, macam mana usul tambahan ini boleh diterima dan dibahaskan. Mungkin UMNO sekarang dah jadi parti asal boleh saja agaknya.

“Merujuk Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan, saya dapati usul yang dibawa semalam tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan di dalam PAU kali ini.

“Ia perlu dimurnikan mengikut perlembagaan dan peraturan mesyuarat. Jika tidak pasti, silalah rujuk sendiri,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden, hari ini.

Semalam, cadangan usul tambahan itu dikemukakan wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden, namun mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan. – UTUSAN

The post PAU 2022: Usul tambahan tidak pertandingkan dua jawatan tertinggi bertentangan perlembagaan UMNO appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *