KUCHING: Parti Bangsa Malaysia (PBM) berjaya merangkuk satu kerusi di Sarawak apabila calonnya, Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien berjaya memenangi kerusi Parlimen Julau dengan jumlah majoriti 1,340 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan calon PBM itu menewaskan tiga saingan lain, iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Joseph Salang, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Susan George dan Bebas, Elly Lawai Ngalai.

Joseph Salah memperoleh 7,819 undi manakala Elly Lawai Ngalai mendapat 5,224 undi dan Susan George hanya memperoleh 335 undi.- UTUSAN

The post PBM takluki 1 kerusi Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *